Total Pageviews

Saturday, 8 October 2011

MALAYSIA TEWAS DITANGAN AUSTRALIA

7 oktober 2011, jam 5 petang (masa malaysia) di stadium canberra australia..
HARIMAU MALAYA lwn AUSTRALIA dalam perlawanan persahabatan.

DI tanah air, jutaan rakyat Malaysia gembira dengan Bajet 2012 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Namun di Australia, episod berbeza menyelubungi skuad bola sepak kebangsaan yang sememangnya sudah dijangka ‘bajet’ kalah oleh segelintir peminat fanatik tempatan sebelum ini apabila dibelasah 0-5 dalam aksi persahabatan di Stadium Canberra petang semalam.

‘Menepati ramalan’ awal apabila aksi dilihat cukup berat sebelah dengan penguasaan Australia sepanjang tempoh 90 minit permainan, ia sememangnya satu mesej yang cukup berguna buat pasukan kendalian Datuk K. Rajagobal dalam usaha menimba ilmu di pentas antarabangsa.

Hakikatnya, skuad negara berada di ranking ke-147 dunia, manakala Australia di tangga ke-19. 

Kegagalan HARIMAU MALAYA tidak bermakna kita gagal selamanya. Dengan kekalahan ini kita tingkatkan lagi prestasi dari segi kelemahan yang kita ada sekarang.

1 comment:

  1. ohhhhhhh..yeke...tapi harimau malaya tetap menjadi pujaan kannn

    ReplyDelete